Wednesday, January 13, 2010

Maal Hijrah dan Salam Tahun Baru 2010


Assalamualaikum dan selamat pagi, memanggil sekiranya ada rakan2 di jaluran, disini 9w2klc calling and standing by...
Salam tahun baru hijrah buat rakan2 semua, semoga azam tahun baru Islam kali ini dapat kita tunaikan dan beroleh kemenangan kelak. Amin........

Thursday, December 10, 2009

Tamat Pengajian


Keputusan peperiksaaan telah diterima. Hasilnya agak baik aku dah lulus. Alhamdulillah... Lega sangat2, hehe... Skrang dah bole cari kerja dan kumpul duit. jumpa konvo nanti kawan2...

Thursday, December 3, 2009

Selamat Berjuang

Rabani
Saiful dan Afiq
Ah Teng

Kurau

Shah Kodir

Jay Jay


Pasni suma bawak diri masing2... Aku, hehe cuti dulu sebulan lah.. pastu baru carik kerja. nak isi SPA8 pun diaorang xbg lagi. kn tggu result dulu baru bole... dapat je kerja aku kn blajar simpan duit.. untuk masa depan jugak..

Thesis UiTM





Tarikh: 25 hb September 2009
Lokasi: V2-48B, Blok N, Pusat Komersial Sek. 7. Shah Alam
Hasil dari kerja keras menyiapkan thesis perumahan terbengkalai. Banyak dugaan dalam proses untuk menyempurnakan sebahagaian daripada penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pembinaan (Kepujian) nie. Doa2 kan result aku yang terbaik nanti. Amin....

Sunday, November 8, 2009


Undang-undang pengakap pada zaman Robert Stephenson Smyth Baden Powell

Monday, October 26, 2009

Tabik Pengakap

Tabik secara ringkasnya merupakan satu isyarat tangan yang mempunyai maksud yang tersendiri dan digunakan oleh satu pasukan, pertubuhan, pergerakan sebagai isyarat hormat dalam pasukan beruniform di Malaysia. Tabik Pengakap hanya digunakan oleh ahli-ahli Pengakap disemua peringkat dari Pengakap kanak-kanak hingga ke peringkat yang tinggi iaitu Ketua Pengakap Negara. Pengunaannya sebagai menandakan memberi salam sesama sendiri serta memberi penghormatan. Masa untuk menggunakan tabik Pengakap adalah apabila bertemu dengan ahli-ahli Pergerakan Pengakap contohnya apabila bertemu dengan Pemimpin-Pemimpin, Penolong Pemimpin dan ahli-ahli prngakap yang lain. Tabik Pengakap juga digunakan semasa upacara-upacara rasmi dan sebagai satu penghormatan ketika menaikan bendera kebangsaan semasa lagu kebangsaan dimainkan serta upacara rasmi Pengakap dan negaranya.

Saturday, June 20, 2009

Using Amature Radio


Tarikh: 6hb Febuari 2008
Lokasi: Puncak Gunung Jerai, Kedah
Penggunaan Radio Amatur boleh di lakukan di mana-mana tanpa mengira waktu dan ketika. Time orang tido pon masih ada lagi rakan yang ber"QSO". Selagi ada rakan untuk berbual, selagi itulah aktiviti QSO diteruskan.
Tak salah sebenarnya, dah hobi masing-masing, nak buat macam mana. Sama lah jugak macam peminat-peminat bola kat luar sana tue, xleh nak salahkan sapa2 dalam hal ini. haha
Sebenarnya gambar ini ditangkap masa aku dengan family angkat aku jalan kaki sambil nek motor ke Gunung Jerai, sambil-sambil jalan aku try lah men'transmit' ke Alor star, Sungai Petani dan kawasan2 yang boleh dicapai oleh repeater kawasan.
Ada satu perkara yang sering aku lupa nak buat, tulis dalam buku log. Dah lah ingatan tak berapa kuat, pastu xmau tulis callsign rakan2 yang dapat dihubungi plak, pastu terus lupa langsung. Tak elok betul perangai macam nie, 2009 aku telah pon membeli 1 buku untuk di jadikan buku log. Akhirnya buku log aku tue pon terbabas ntah hilang di mana. Mampos aku kalau SKMM datang check.