PERSETIAAN PENGAKAP
Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya saya akan:
- Taat Kepada Tuhan, Raja dan Negara,
- Menolong Orang Pada Setiap Masa,
- Menurut Undang-Undang Pengakap.
UNDANG-UNDANG PENGAKAP
- Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya.
- Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, kepada Rajanya, Negaranya, pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu-bapanya, orang-orang diatas dan orang-orang yang dibawahnya.
- Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa.
- Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.
- Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.
- Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang.
- Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu-bapanya, kepala patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengana tiada apa-apa soalan.
- Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam kesusahan.
- Pengakap itu jimat dan cermat
- Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya
The blog have been created on 19th June 2009 acording to Malaysia timezone at 1908 hours.

0 comments:
Post a Comment