
Tabik secara ringkasnya merupakan satu isyarat tangan yang mempunyai maksud yang tersendiri dan digunakan oleh satu pasukan, pertubuhan, pergerakan sebagai isyarat hormat dalam pasukan beruniform di Malaysia. Tabik Pengakap hanya digunakan oleh ahli-ahli Pengakap disemua peringkat dari Pengakap kanak-kanak hingga ke peringkat yang tinggi iaitu Ketua Pengakap Negara. Pengunaannya sebagai menandakan memberi salam sesama sendiri serta memberi penghormatan. Masa untuk menggunakan tabik Pengakap adalah apabila bertemu dengan ahli-ahli Pergerakan Pengakap contohnya apabila bertemu dengan Pemimpin-Pemimpin, Penolong Pemimpin dan ahli-ahli prngakap yang lain. Tabik Pengakap juga digunakan semasa upacara-upacara rasmi dan sebagai satu penghormatan ketika menaikan bendera kebangsaan semasa lagu kebangsaan dimainkan serta upacara rasmi Pengakap dan negaranya.
0 comments:
Post a Comment